|
starting line .. rumah melaka . |
1 Mei 2011
Lama rasa tak masuk entry terbaru untuk blog VECT .. lagi pun banyak aktiviti VECT yang aku mis untuk menyertainya . maklumla kesibukan semenjak akhir-akhir ini memang tak dapat dielakkan .. untuk report kali ini pun aku curi-curi masa untuk menulisnya.. esok pun dah start outstation..
|
ni ke .. belon gaint yang roboh itu hari .. |
Penyertaan VECT kali ini diwakili oleh Cikgu Daud, Zamri, Fad, Rizal, Zairul, Firdaus, Yaman, Kassim, Amirul, Hasni, Iedin dan Irfan. Kalau nak ikutkan ramai lagi .. tapi dah tak leh nak kayuh nak buat cam mana .. tengok je laa gambor dalam FB ..
|
ade maskod pulak ... melaka wonderland .. |
Penganjuran kali pertama BCNC secara keseluruhannya boleh dipuji, kesungguhan penganjur untuk melaksanakan beberapa aktiviti sampingan amatlah dipuji .. untuk kali ini diselitkan acara senamrobik yang dikendalikan oleh jurulatih pro .. tapi malangnya sambutan dari peserta agak dingin kerana masing-masing lebih sibuk untuk berada di posisi hadapan semasa starting line.. cuma peserta dari Indonesia saje yang nampak sporting dan bersemangat untuk memanaskan badan dengan sesi senamrobik dan tarian poco-poco..
|
ni nyanyi ke DJ .. tapi lu ok bro .. |
Pihak penganjur mungkin lebih berhati-hati dengan unsur-unsur sabotaj dari berlaku setelah mengambil kira kegagalan penganjuran 1 Batang Kali Jamboree yang menjadi beachmarking kepada semua penganjuran event seperti ini .. aku terpikir .. kalau dah ada penghargaan kepada pemberi maklumat unsur sabotaj tentu dah ada unsur sabotaj berlaku .. aduhhh .. kenapalaa manusia ini penuh dengan hasad dengki ..
|
apasal ni zairol ... nak baring kat rumah laa .. |
Santai dan relek .. itu laa yang boleh digambarkan dengan trek Kampung Ride Jamboree .. kalau ada yang tak boleh kayuh pun sebab lalu titi, single trek .. orang depan dah tolak dan lambat nak tukar gear ... rasa tak de sangat puncak tinggi yang terpaksa tolak sampai tak larat .. road dan offroad seimbang ... sesuai untuk semua rider terutama kepada rider beginner dan baru berjinak-jinak dengan MTB .. ini cuma pendapat peribadi aku je .. tak tahu laaa kepada rider yang lain .. untuk kali tak nampak sangat orang terbaring tepi kebun sebab kaki krem .. kalau ada pun sorang dua je .. selalunya aku sendiri tumpang lepak .. dan ambil kesempatan sapu/spray ubat dari mana-mana rider yang baik hati ..
|
front line rider .. |
View rasa sama je dengan view biasa semasa jamboree ... laluan jalan kampung, single trek di kebun getah, laluan kelapa sawit dan melalui titi .. ada yang tak sabar . terjun je dalam parit .. angkat basikal dan terus kayuh balik .. downhill .. ada satu tempat yang membolehkan rider terbang ( itupun kalau beranilaa ) .. yang tak berani macam aku .. terpaksa tarik brek awal supaya mengurangkan rasiko terjatuh ..
|
very sporting rider from indonesia .. |
Secara keseluruhan, semua rider VECT dapat menghabiskan kayuhan, walaupun ada sedikit masalah yang dihadapi oleh Zairul bila kedua kakinya krem .. dan diberi bantuan oleh anggota Medic daripada ATM..
Kesempatan ini juga diambil untuk berkenalan dengan beberapa rider .. sempat jugak menyapa rider dari Procity, MCC .. sebab bosan gak kayuh sorang-sorang .. pas tu senyap je.. yang geng VECT lain semua berada kat depan .. aku je yang ketinggalan .. tapi kat belakang aku ade lebih 600 rider lagi yang belum sampai .. ( pinjam kata-kata Iwan )..
Penganjuran .. secara keseluruhannya boleh diberikan 4 bintang .. tahniah BCNC .. starting venue memang selesa .. check point .. semuanya ok .. kerja keras saudara mendapat pulangan yang tentunya tidak ternilai dengan wang ringgit .. kepuasan rider berjamboree bukan setakat dapat menghabiskan kayuhan tetapi nilai tambah seperti penghargaan, suasana, makanan dan lucky draw yang disediakan..
Kepada semua VECT rider .. tahniah atas penyertaan kali ini .. semoga kita berjumpa lagi di Jassin Jamboree pada hujung bulan ini .. usaha berterusan untuk mendapat keputusan yang lebih baik adalah terletak pada tekad, usaha, jiwa, semangat dan bukan basikal yang dipandang tetapi kekuatan mental menjadi sandaran ..
report by ..
../.. gaint19
No comments:
Post a Comment