Sunday 22 May 2011

TASIK MANONG BUAT AKU BINGUNG

22 Mei 2011

group foto .. semua yang hadir
Pagi-pagi lagi aku dah siap-siap, selalunya akulah yang paling lambat .. tengok Cikgu Daud kereta pun belum keluar tapi aku dah start jalan, singgah rumah Zamri, dia orang nak port kedai Ijam dulu sarapan, aku pollow je, rupanya Rizal lagi cepat, pukul 7 pagi dah sampai kedai .. aku ngan Zamri kena roti canai kosong ngan nes o, yang Chacha ngan Yaman tak makan .. konon nak jaga badan, takut kalah laa tu ..

santai setelah semuanya sampai ..
Habis makan terus gerak ke Esso, Taman Berlian, Kluang.. dah ramai rider yang sampai .. dia orang dah nak start dah .. perhhh lambat gak aku rupanya ... salin baju, nak pakai kasut , cari tak de .. aduuhhhh .. tertinggal pulak kasut .. padahal anak aku dah tanye dah .. aku ingat macam dah masukan dalam kereta . rupanya tak de .. pening gak ni .. takkan nak pakai croc pulak .. last-last telepon talian hayat .. nasib baik adik aku yang duduk kat Taman Sri Kluang datang dan bawak kasut .. alhamdulillah ..

kena nasi ambang ..
Start gerak, aku kat belakang sekali, jauh ditinggalkan oleh kelompok hadapan, Iwan yang baru start kayuh balik ditemankan oleh Rizal ngan Fad.. yang lain semua ikut Tukang Tarik yang disediakan oleh KMTB..

Perjalanan melalui jalan kelapa sawit dengan menempuh becak ada sedikit menyukarkan .. bukit memang tak usah cakap laaa .. tapi seronok gak layan downhill .. namun tetap berhati hati .. ada gak rider yang jatuh sebab layan downhill .. masuk lopak dan lost control ..

control yang tak control
Sampai ke Tasik Manong dalam pukul 10.00 pagi .. aku setengah jam lewat .. yang tertinggal kat belakang .. nasib baik ada four wheel yang cover .. dan sampai gak akhirnya Iwan, Rizal, Fad ngan Haji Zin dalam satu kumpulan.

sampai ada yang tertido .. 
Makan dan menikmati pemandangan Tasik Manong cukup membuatkan kami lupa kepenatan kayuhan tadi ... dan sempat jugak aku buat promosi untuk Fun Ride yang akan dianjurkan oleh VECT .. respon dia orang sangat memberangsangkan..

siapa yang Tukang Teman ni ..
Jalan 11.30 .. start kayuh balik .. dan sampai semula di ESSO Taman Berlian dalam pukul 1.00 tengahari .. group depan yang ditarik oleh Dollah Revnvero  recNviro..sesat .. sampai dekat Kluang Mall .. jarak keseluruhan perjalanan lebih kurang 45 km... kemas basikal, balik, dan kita orang lepak makan asam pedas..
dan kayuhan kali ini memang meninggalkan kenangan yang pastinya menjadi pengajaran kepada semua. ..

report by :-

../.. gaint19

Saturday 21 May 2011

TREK RECCE FASA 2

21 Mei 2011

laluan yang licin
Jenuh ari ni naik moto untuk plot trek guna GPS, misi kali ini adalah untuk menyambungkan trek yang telah dikenal pasti dan plot untuk dijadikan map. Maklumlaa masing-masing pun bukan pandai sangat guna GPS ni .. tapi try and error dapat laa jugak map yang kita orang kehendaki .. sekurang-kurangnya nanti ianya akan memudahkan kita orang marking jalan dan menentukan aspek keselamatan yang diperlukan di sesuatu tempat itu.

semak sangat ni ..
Janjinya pukul 7.30 .. perhh pagi gak tu ..dahlah malam sembang ngan yaman kluang dekat kul 1 pagi baru balik.. aku datang kedai Ijam dalam kul 8.00, dia orang dah tunggu, sarapan dulu then dengan berlagaknya tanpa sebarang bekalan kita orang menuju ke tempat yang hendak dijadikan trek..  dengan menunggang moto, kami berenam.. ngan Rizal ditugaskan untuk bawak GPS, Daud recce jalan, aku follow, iddin tukang tangkap gambar, zamri bawa motor.

lorong kerengga ..
Dengan bantuan beberapa orang kampung dapat juga kita orang tembuskan dari Bunagong ke Bukit Syukor seperti yang kita orang cadangkan sebelum itu .. nampaknya tercapai misi kali ini cuma ada beberapa jalan yang perlu direntasi terlebih dulu sebab semak yang terlalu tebal..

JMK aku termasuk dalam parit .. 
Kita orang kelaparan, dah dekat pukul 12.00 seteguh air pun tak diminum lagi ... habis plot kat Seri Mendapat terus cari warong kat Parit Khalid .. kena soto .. sedap juga .. lain kali boleh pegi lagi kedai tu .. dalam hujan renyai kita orang balik dan sampai rumah dalam pukul 1.30 tengahari ..

penatnya nak cuci ni ..
report by :-

../.. gaint19

Tuesday 17 May 2011

KAYUHAN RECCE TREK

17 Mei 2011

laluan landai dan santai .
Sempena dengan cuti hari wesak .. AJK trek yang diketuai oleh Cikgu Daud telah menjalankan satu misi kayuhan mencari laluan trek untuk Fun Ride Charity nanti .. Tinjauan kali ini telah turut disertai oleh Is ( lama tak kayuh ni sejak nusajaya ), Fad, Isa, Ato, Beskalmurah, Hasni dan Iedin.

ini laa yang dikatakan bukit chicken ..
Pagi tu sempat sarapan di kedai Ijam roti canai .. dalam pukul 8.45 baru kita orang start kayuh .. ini adalah kali kedua untuk kayuhan recce trek .. dan di akhir nanti baru kita akan finalist mana laluan trek yang hendak dipilih.. permulaan kayuhan kali ini melalui kawasan kebun kelapa sawit .. kawasan yang landai .. cuma ada becak kiri dan kanan jalan ..

mat salleh ni sempat tunjukan aksinya depan aku ..
Fasa kedua melalui depan sekolah Seri Bandan .. jalan onroad .. terus ke Persimpangan Olak Batu dan ke Seri Mendapat.. jalan semua boleh kayuh .. kalau ada bukit pun sekadar bukit chicken dan bukit shukur..

lupa pulak nak tanya name dia ...
Penat kayuh.. kita orang lepak di Kedai Roti Canai Kambing.. ngeteh lagi .. untuk kali yang kedua .. sedang lepak lepak aku ternampak sorang mat salleh ni naik basikal tayar satu .. aku segera ambik basikal dan segera mendapatkan mamat ni .. berbual kejap .. katanya daripada Amerika dan nak ke Singapore .. aku kagum dengan semangat orang ni ..

Perjalanan pulang diteruskan dengan melalui jalan offroad dan terus ke Parit Raja. Jumlah kayuhan kali ini lebih kurang 30 km ..

report by :-

../.. gaint19

Saturday 7 May 2011

KAYUHAN SATE RAHMAD KE KAMPUNG RAHMAT

7 Mei 2011


jentera pembawa basikal

Last berkayuh minggu lalu masa di BCNC dan kali ini kayuhan dari Sate Rahmad ke Estet Seri Gading, menuju ke Kampung Rahmat, Kebun Pisang, Bumi Hijau dan kembali ke Seri Gading. Kayuhan kali ini seramai 10 orang, Haji Zin, Mamed, Aku, Yaman, Hasnol, Wan Senggarang, Iwan Seri Medan, Isa, Asif dan Iddin.. beskalmurah yang beria-ia mengajak aku malam sebelumnya tak dapat join atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

van ni ada home acon .. betul ke ..
Sampai di Sate Rahmad dalam pukul 8.00 pagi .. sempat juga kena teh o sementara tunggu rakan-rakan yang lain sampai.. dah lama tak buat screching .. putera pawaka konduk dan Haji Zin dengan bacaan doa .. perancangan kayuhan yang santai dan kembali tidak lewat dari pukul 1.00 tengahari ..

bacaan doa.. semoga perjalanan kami selamat ..
Laluan biasa dan telah beberapa kali kita orang ke sini .. so memang tak de masalah.. padahal pertama kali dulu.. masih aku ingat .. nak panjat bukit masuk kebun kelapa sawit tu pun aku dah tewas .. tapi berkat pengalaman berkayuh, berjamboree semua tu dah nampak macam relek .. tapi sebenarnya aku dah terasa cukup perit hari ini .. panasnya bukan main .. walaupun baru pukul 9.00 pagi tetapi lalu di bawah panahan terik mentari aku cepat haus dan penat..

1st check point .. tapi letih teramat ..
Ingat aku saje yang rasa .. tetapi rakan kayuhan yang lain pun mengalami masalah yang sama.. tak fit langsung .. last kayuh minggu lepas pas tu memang tak sentuh basikal langsung .. namun aku agak kagum pada mulanya dengan Haji Zin ... wah kuat dia ni .. naik bukit pun boleh speed lagi .. layan uphill dengan Yaman ngan Iddin .. aku santai dan terus berada di belakang .. jadi sweeper .. padahal dah tak kuat ..

terpaksa merentasi parit ini untuk short cut ..
Sampai Kampung Rahmat .. dari jauh kedengaran Haji Zin memanggil kita orang untuk rest .. sedangkan kelompok yang di hadapan telah jauh meninggalkan aku, Hasnol dan Haji Zin .. rupa memang dia tak larat .. terbaring dia, pening, perut memulas dan macam macam yang dirasa.. sempat juga kita orang bagi minyak angin untuk melegakan Presiden Baru ni ..

berat sama dipikul .. ringan basikal carbon je ..
Sementara menantikan Presiden 5P yang baru ini pulih .. kita orang ambil kesempatan untuk mengeteh untuk kali yang kedua .. lama juga kita kat situ .. yaman berusaha bersungguh-sungguh sapu minyak angin sambil urut belakang Haji Zin..

wajah kelesuan akibat pensan ..
Perancangan untuk meneruskan kayuhan ke Bumi Hijau dibatalkan .. ambil jalan singkat .. terus balik ke tempat asal dengan kayuhan yang lemah gemalai .. lebih kurang pukul 11.15 pagi kita orang selamat sampai ke Seri Gading .. memang terasa perit untuk kayuhan kali ini .. semuanya rasa serba tak kena ..  namun alhamdulillah kayuhan santai yang dirancang .. meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan terutama kepada Haji Zin yang menyadang jawatan baru selepas Mamet dan Yaman ..

report by :-

../.. gaint19

Monday 2 May 2011

BCNC - KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011

starting line .. rumah melaka .
1 Mei 2011

Lama rasa tak masuk entry terbaru untuk blog VECT .. lagi pun banyak aktiviti VECT yang aku mis untuk  menyertainya . maklumla kesibukan semenjak akhir-akhir ini memang tak dapat dielakkan .. untuk report kali ini pun aku curi-curi masa untuk menulisnya.. esok pun dah start outstation..

ni ke .. belon gaint yang roboh itu hari ..
Penyertaan VECT kali ini diwakili oleh Cikgu Daud, Zamri, Fad, Rizal, Zairul, Firdaus, Yaman, Kassim, Amirul, Hasni, Iedin dan Irfan. Kalau nak ikutkan ramai lagi .. tapi dah tak leh nak kayuh nak buat cam mana .. tengok je laa gambor dalam FB ..

ade maskod pulak ... melaka wonderland ..
Penganjuran kali pertama BCNC secara keseluruhannya boleh dipuji, kesungguhan penganjur untuk melaksanakan beberapa aktiviti sampingan amatlah dipuji .. untuk kali ini diselitkan acara senamrobik yang dikendalikan oleh jurulatih pro .. tapi malangnya sambutan dari peserta agak dingin kerana masing-masing lebih sibuk untuk berada di posisi hadapan semasa starting line.. cuma peserta dari Indonesia saje yang nampak sporting dan bersemangat untuk memanaskan badan dengan sesi senamrobik dan tarian poco-poco..

ni nyanyi ke DJ ..  tapi lu ok bro ..
Pihak penganjur mungkin lebih berhati-hati dengan unsur-unsur sabotaj dari berlaku setelah mengambil kira kegagalan penganjuran 1 Batang Kali Jamboree yang menjadi beachmarking kepada semua penganjuran event seperti ini .. aku terpikir .. kalau dah ada penghargaan kepada pemberi maklumat unsur sabotaj tentu dah ada unsur sabotaj berlaku ..  aduhhh .. kenapalaa manusia ini penuh dengan hasad dengki ..

apasal ni zairol ... nak baring kat rumah laa ..
Santai dan relek .. itu laa yang boleh digambarkan dengan trek Kampung Ride Jamboree .. kalau ada yang tak boleh kayuh pun sebab lalu titi, single trek .. orang depan dah tolak dan lambat nak tukar gear ... rasa tak de sangat puncak tinggi yang terpaksa tolak sampai tak larat .. road dan offroad seimbang ...  sesuai untuk semua rider terutama kepada rider beginner dan baru berjinak-jinak dengan MTB ..  ini cuma pendapat peribadi aku je .. tak tahu laaa kepada rider yang lain .. untuk kali tak nampak sangat orang terbaring tepi kebun sebab kaki krem .. kalau ada pun sorang dua je .. selalunya aku sendiri tumpang lepak .. dan ambil kesempatan sapu/spray ubat dari mana-mana rider yang baik hati ..


front line rider ..
 View rasa sama je dengan view biasa semasa jamboree ... laluan jalan kampung, single trek di kebun getah, laluan kelapa sawit dan melalui titi .. ada yang tak sabar . terjun je dalam parit .. angkat basikal dan terus kayuh balik .. downhill .. ada satu tempat yang membolehkan rider terbang ( itupun kalau beranilaa ) .. yang tak berani macam aku .. terpaksa tarik brek awal supaya mengurangkan rasiko terjatuh ..

very sporting rider from indonesia ..
Secara keseluruhan, semua rider VECT dapat menghabiskan kayuhan, walaupun ada sedikit masalah yang dihadapi oleh Zairul bila kedua kakinya krem .. dan diberi bantuan oleh anggota Medic daripada ATM..

Kesempatan ini juga diambil untuk berkenalan dengan beberapa rider .. sempat jugak menyapa rider dari Procity, MCC .. sebab bosan gak kayuh sorang-sorang .. pas tu senyap je.. yang geng VECT lain semua berada kat depan .. aku je yang ketinggalan .. tapi kat belakang aku ade lebih 600 rider lagi yang belum sampai .. ( pinjam kata-kata Iwan )..

Penganjuran .. secara keseluruhannya boleh diberikan 4 bintang .. tahniah BCNC .. starting venue memang selesa .. check point .. semuanya ok .. kerja keras saudara mendapat pulangan yang tentunya tidak ternilai dengan wang ringgit .. kepuasan rider berjamboree bukan setakat dapat menghabiskan kayuhan tetapi nilai tambah seperti penghargaan, suasana, makanan dan lucky draw yang disediakan..

Kepada semua VECT rider .. tahniah atas penyertaan kali ini .. semoga kita berjumpa lagi di Jassin Jamboree pada hujung bulan ini .. usaha berterusan untuk mendapat keputusan yang lebih baik adalah terletak pada tekad, usaha, jiwa, semangat dan bukan basikal yang dipandang tetapi kekuatan mental menjadi sandaran ..


report by ..

../.. gaint19
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...