Sunday 19 January 2014

VECT MENJEJAKI TAMAN NEGARA SELAI




Seperti yang telah dirancang .. dalam 2 minggu tu meeting tiap-tiap malam kat kedai Usin demi merealisasikan projek pertama VECT bercamping di Taman Negara Selai... Alhamdulillah segalanya selamat, walau ada sedikit sedikit kecederaan baik semasa jungle tracking mahupun berkayuh ..

Pertamanya, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah turut sama terlibat, para penyumbang, Azam dari Taman Negara, Tali dan penduduk Selai, Nordin kita punya guide.. rider jemputan dari PTK dan seluruh warga VECT...


Banyak betul gambar yang aku terpaksa select dari wassap yang tentunya dapat meceritakan segalanya kepada semua ... memang bes ... memang menjelouskan kepada sesiapa yang tak dapat join ... balik je dah ada ura-ura .. lepas ni kita pegi Peta pulak .... huhhuuu penat pun belum hilang .. tapi itu laa hakiikat memang mereka teruja untuk beraktiviti seperti itu ..


Bermula jam 10.00 di Taman Impian... packing barang kat 4x4 .. tu pun dah mengambil masa 1 jam .. untuk settle penumpang dan kenderaan ... dalam perjalanan singgah makan di Pekan Chaah .. selepas tu sembahyang jumaat di Pekan Bekok .... dah memulakan kayuhan sekitar jam 2.30 petang dari Pejabat Taman Negara di Bekok ...




Walaupun dah berapa kali diingatkan .. jangan laju .... ehhhh nak laju jugak ... susah betul nak kandani ... ksian aku tengok Haikal ... sampai muntah2 dan terpaksa cover naik Van ...  perjalanan tak de laa susah sangat macam pergi jomboree tapi bila jalan roller coster .. ada climbing yang panjang .. downhill dekat 2km .. memang bes ... cuma jalan batu kerikil tu yang membuat tayar membuang ..

Aktiviti berkhemah, mandi sungai .. memancing..  BBQ.... main terup ...dan meninggalkan segala .. no internet, no wifi, no telefon, no wassap ... membuatkan aktiviti lebih bermakna .. dengan dengkuran dalam khemah .. hinggalah kesejukan yang teramat sangat ..

Esoknya aktiviti jungle tracking ... ikutkan setengah jam je .. tapi terpaksa jadi sweeper .. dah jadi 1jam setengah .. baru rasa kena gigit pacat .. melalui jambatan gantung, mendaki bukit curam akhirnya teruja dengan air terjun yang menyamankan, seronok menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ..

Dari 10 orang yang berkayuh .. last-last tinggal 8 orang je .. pertengahan jalan cuma 6 orang je yang berjaya sampai semula di Pejabat Taman Negara .. ada yang naik lori .. malas nak cakap lagi dah .. memang lajulaa diaorang ni .. 10 km terakhir dah jadi macam berlumba .. huhuu meter dah cecah 34-37km/h .. ko ikut belakang lori boleh laa ...



Tuesday 14 January 2014

KAYUHAN KEMBALI NORMAL KE BUKIT WAK DIN ...



Pertamanya nak ucap Salam Maulidur Rasul buat semua rider Islam seluruh Malaysia ...  sedikit renungan untuk kita bersama ... "Dan tidak kami (Allah ) utuskan kamu ( wahai Muhammad ) melainkan untuk menjadi rahmat untuk sekalian alam " surah Al-Anbiya ayat 107..  bukan bertaskirah sekadar mengingatkan diri sendiri .. agar sentiasa bersederhana sesuai dengan Wasatiah Tunggak Kesejahteraan Ummah ...


Aku teruskan dengan aktiviti pagi tadi ... kayuhan kembali normal ni rasa dah lama tak buat .... dulo-dulo memang kita macam ni ... asal weekend je ... kayuh ramai-ramai .. tak kira laa kuat ke tidak ... tapi sejak akhir-akhir ni .. sejak ada budak podium tu ... orang yang lemah2 macam kawan kita ni dah malas nak join sebab asik kena tinggal je ...


So kali ini .. sempena semangat Maulidur Rasul .. kita kembali menyatukan semangat berkayuh dengan Trek Wak Din menjadi distinasi .. berkayuh dari port kedai Usin .. terus ke Asam Bubuk dan terus memanjat bukit yang ala kadar je bagi geng podium ..



Perjalanan keseluruhan sekitar 46 km .. cukup puas rasanya .. pergi dah balik pun sekitar average 26km/h je ... so diorang memang boleh follow .. bila dah lama tak kayuh santai macam ni ... rasa macam bes pulak .. bergelak ketawa .. kutuk mengutuk tu biasa laa ... orang SWork kutuk orang Merida .. pakai je basikal mahal tapi slow ... huhuhu ... kena tahan telinga .. tapi itu laa nilai persahabatan yang sukar dicari di mana-mana...

Sunday 12 January 2014

MTB LOOP, CHARITY RIDE UNTUK ADIK MEISYA DANNIYA

Aktiviti pertama untuk tahun 2014 ... kayuhan MTB Loop untuk Adik Danniya ... sekurang-kurangnya usaha murni ini dapat meringankan beban ibu bapa mereka dan menzahirkan tanda simpati kami seluruh warga VECT terhadap apa yang dihadapi oleh Adik Danniya ...

Tahniah pada penganjur terutama pada Azrai .. ketua pemuda Belahan Tampok, dan sokongan semua pihak seperti Encik Zaidi .. Timbalan UMNO Batu Pahat ... Ketua Kampung dan semua krew yang terlibat terutama pada semua rider yang turut menjayakan buat julung-julung kalinya MTB Loop ni ..

Nampak macam senang, cuba try kalau nak tahu .... main kat hutan, bukit mana pun .. semua boleh rilek .. tapi bila dah main race kat loop ni .. semuanya kena pump dari awal sampai akhir ... walaupun 8 pusingan je tapi penatnya mengalahkan pergi jamboree .. satu lap tak sampai pun satu minit .. tapi berkayuh tak sampai 8 minit ni rasanya macam nak pitam ...

Pengalaman baru .. mungkin boleh diteruskan lagi acara ni ... kena banyak latihan lagi ... untuk lebih menguasai skill .. sikit sikit terbang tu ada laa tapi untuk macam pro tu .. jauh lagi .. huhuhu ...

Pada rakan yang tak dapat join ... mungkin lain kali kita boleh pergi trek ni lagi ... buat tranning .... so minggu depan dah pergi Selai .. kayuhan santai ke Selai ni pun bes gak .. lama tak tak pegi champing ... huhuhuhu ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...