Sunday 19 January 2014

VECT MENJEJAKI TAMAN NEGARA SELAI




Seperti yang telah dirancang .. dalam 2 minggu tu meeting tiap-tiap malam kat kedai Usin demi merealisasikan projek pertama VECT bercamping di Taman Negara Selai... Alhamdulillah segalanya selamat, walau ada sedikit sedikit kecederaan baik semasa jungle tracking mahupun berkayuh ..

Pertamanya, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah turut sama terlibat, para penyumbang, Azam dari Taman Negara, Tali dan penduduk Selai, Nordin kita punya guide.. rider jemputan dari PTK dan seluruh warga VECT...


Banyak betul gambar yang aku terpaksa select dari wassap yang tentunya dapat meceritakan segalanya kepada semua ... memang bes ... memang menjelouskan kepada sesiapa yang tak dapat join ... balik je dah ada ura-ura .. lepas ni kita pegi Peta pulak .... huhhuuu penat pun belum hilang .. tapi itu laa hakiikat memang mereka teruja untuk beraktiviti seperti itu ..


Bermula jam 10.00 di Taman Impian... packing barang kat 4x4 .. tu pun dah mengambil masa 1 jam .. untuk settle penumpang dan kenderaan ... dalam perjalanan singgah makan di Pekan Chaah .. selepas tu sembahyang jumaat di Pekan Bekok .... dah memulakan kayuhan sekitar jam 2.30 petang dari Pejabat Taman Negara di Bekok ...




Walaupun dah berapa kali diingatkan .. jangan laju .... ehhhh nak laju jugak ... susah betul nak kandani ... ksian aku tengok Haikal ... sampai muntah2 dan terpaksa cover naik Van ...  perjalanan tak de laa susah sangat macam pergi jomboree tapi bila jalan roller coster .. ada climbing yang panjang .. downhill dekat 2km .. memang bes ... cuma jalan batu kerikil tu yang membuat tayar membuang ..

Aktiviti berkhemah, mandi sungai .. memancing..  BBQ.... main terup ...dan meninggalkan segala .. no internet, no wifi, no telefon, no wassap ... membuatkan aktiviti lebih bermakna .. dengan dengkuran dalam khemah .. hinggalah kesejukan yang teramat sangat ..

Esoknya aktiviti jungle tracking ... ikutkan setengah jam je .. tapi terpaksa jadi sweeper .. dah jadi 1jam setengah .. baru rasa kena gigit pacat .. melalui jambatan gantung, mendaki bukit curam akhirnya teruja dengan air terjun yang menyamankan, seronok menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ..

Dari 10 orang yang berkayuh .. last-last tinggal 8 orang je .. pertengahan jalan cuma 6 orang je yang berjaya sampai semula di Pejabat Taman Negara .. ada yang naik lori .. malas nak cakap lagi dah .. memang lajulaa diaorang ni .. 10 km terakhir dah jadi macam berlumba .. huhuu meter dah cecah 34-37km/h .. ko ikut belakang lori boleh laa ...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...