Monday 25 June 2012

PRISON JAMBOREE 2012

Kalau orang tanya ... kau dah pernah masuk penjara ... tentu aku akan jawap ... dah ... penjara mana .. Penjara Simpang Renggam .. huhuhu ganas je bunyi nye .. tapi itu laa hakikat betapa seharusnya kita menghargai nikmat kebebasan yang ada .. boleh naik basikal .. boleh tolak basikal kat bukit keretapi .. boleh krem krem kaki ..  sesaat berada di penjara Simpang Renggam sebenarnya membawa seribu pengertian bahawa kesengsaraan, kesukaran kita apa lah sangat berbanding dengan mereka yang berada di sebalik tembok dan pagar besi itu ...


Di luar jangkaan .. itu laa yang dapat aku gambarkan mengenai Prison Jamboree di Simpang Renggam .. mula mula rasa macam tak de apa laa trek ni ..tengok graf kat blog rasa bukit keretapi je yang teruk tapi sebenarnya banyak bukit bukit yang tak berapa tinggi tapi cukup mencabar mental rider .. jarak 16 km ke CP 1 aku rasakan cukup jauh .. tapi aku suka trek ni .. best .. paling bes lepas CP 2 ... berani tak berani je laa ... tu yang ramai rider yang tergolek ..



Boleh dipuji ... walau pun baru pertama kali menganjurkan jamboree, segalanya nampak teratur .. dengan marking jalan yang jelas, rasa kalau tak bertindih dengan event kat UTM sure dapat menarik lebih ramai rider turun Simpang Renggam .. dan kemunculan beberapa kelab berbasikal baru turut mewarnai event ini ..
1st time aku jumpa orang penjara ni masa event kat Nusa Iskandar .. tapi ko orang cepat belajar dan tahniah laa kerana memahami kehendak pengayuh pengayuh tegar .. everything fine ...


eleh .. dua tiga kali berhenti boleh la .. huhuhu
Nak pegi tu dah hujan lebat .. rupanya kat Parit Raja je .. Simpang ok .. kalau tak sure lagi berlumpurlaa kita balik .. pelepasan sharp 8.30 .. dah macam hari raya dengan bunyi mercun mengiringi pelepasan .. laluan  tarmac memang laju . masuk offroad pun open trek .. sapa kuat boleh pepah .. kayuh maintain je .. takut nanti awal awal dah krem  ..cabaran mendaki bukit keretapi .. separuh je aku lepas .... separuh lagi aku tolak .. malas nak ambik risiko .. walau pun aku tahu tolak tu sebenarnya lagi penat ..




Pencapaian ... kali ni dari last laaa .. Azrai langsung tak boleh kayuh sebab jari masuk rotor masa nak test tayar ok ke tak ... tu laa lain kali pakai hanger tak yah nak bukak bukak tayar ... Haji Zin .. rasa habis tapi tak perasan bila .. pawaka .. memang kena tukar frame lepas ni .. lepoh je .. Rosli .. penat tunggu pawaka ..nak tinggal ksian .. Iedin .. jatuh gaung lepas CP 2, kayuh sebelah tangan .. Cikgu Daud .. malam dah makan power bar sampai 3, Yaman dan Zamri ... sapa dapat seringgit aku tak perasan ... the best still Irfan no 28 keseluruhan .. aku ... yang penting aku dapat kalahkan 9 orang daripada gambar kat atas tu ... hehehe ..
sombong..dah la tak kuat tp taknak tolak..hahaha




Tuesday 19 June 2012

VECT DI MAJALAH CYCLING MALAYSIA

Saje je laa .. nak bagi dia orang suka ... muka keluar kat majalah Cycling Malaysia .. aku je yang tak de ... huhuhuhu ..  ada ke kata aku line up kat depan konon nak tinggal kan ko orang .... tak pe ..  lepas ni kayuh kat penjara kita kayuh group ... amacam .. berani ..

Dari kiri ... Rizal, Zamri, Haji Zin, Cikgu Daud, Rosli dan Fad

Monday 4 June 2012

UTHM MTB XC RACE 2012

Selesai sudah ...  tak yah nak pening pening kepala .. dah boleh concentrate kat Penjara Simpang Renggam Jamboree pada 24 Jun nanti .. walau pun bukan VECT yang orginise tapi tempiasnya tetap dirasai bila event berlangsung di Parit Raja dan master mind pun terdiri daripada geng VECT .. apa pun tahniah semua krew kerana telah meletakan jamboree pada tahap yang tersendiri yang boleh dijadikan kenangan kepada semua rider yang terlibat ..

Pastinya ramai yang tersenyum puas bila balik dapat bawak balik TV, mesin basuh dan pelbagai hadiah yang disediakan oleh penganjur ..  selain puas berkayuh dengan disediakan trek yang flat, bukit, taktikal yang menjadikan race ini begitu seronok untuk dihayati ... jatuh, jatuh sikit tu biasa laaa .. menjadi asam garam dalam ber MTB ... segala kekurangan tu boleh dimaafkan .. dan mana mungkin dapat memuaskan hati semua rider .. kemudahan yang terbaik yang disediakan oleh UTHM tentunya tak boleh dibandingkan dengan mana-mana jamboree...

Ramai yang kayuh rupanya .. yang pertama kali pakai baju VECT untuk jamboree pun ada .. ya laaa .. nak pegi jauh-jauh tak larat rasanya .. dah event kat tempat sendiri .. nak tak nak kayuh laa jugak pelan pelan .. yang penting habis kan .. trek rasa tak de benda sangat ... bila dah flat macam tu kena laa bagi jalan yang licin sikit .. baru ada eventure .. ramai yang tergolek .. huhuhuhu ...

Tak puas ati betul kat Yaman .. macam mane boleh kalah ni ... kena kiter ngan Fauzan pulak tu .. huhuhu .. kata main road bukan main hebat lagi ... alasan .. macam macam aku dengar ... tayar bocor laa .. hehehe .. aku rasa main road tak banyak membantu ..... apa pun tahniah dapat frame ... nak jual ke?... untung laa tiap kali jamboree dapat lucky draw .. orang nak kutuk .. kutuk laa .. tapi yang penting dapat lucky draw .. hahahaha ..

Position VECT ... 1st Irfan .. no 6, junior 38 keseluruhan .. lepas tu Iedin 58, baru Yaman, Rosli, Mamed ... Azrai ..  yang lain-lain tu aku tak sure sangat sebab terpaksa pegi rewang kat Taman ... walau pun aku tak kayuh .. dapat petik shuttle pun ok laaa .. jadi krew pengambaran ... tapi tak bes laa jadi krew .. jadi rider jugak yang bes ..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...