Monday 4 June 2012

UTHM MTB XC RACE 2012

Selesai sudah ...  tak yah nak pening pening kepala .. dah boleh concentrate kat Penjara Simpang Renggam Jamboree pada 24 Jun nanti .. walau pun bukan VECT yang orginise tapi tempiasnya tetap dirasai bila event berlangsung di Parit Raja dan master mind pun terdiri daripada geng VECT .. apa pun tahniah semua krew kerana telah meletakan jamboree pada tahap yang tersendiri yang boleh dijadikan kenangan kepada semua rider yang terlibat ..

Pastinya ramai yang tersenyum puas bila balik dapat bawak balik TV, mesin basuh dan pelbagai hadiah yang disediakan oleh penganjur ..  selain puas berkayuh dengan disediakan trek yang flat, bukit, taktikal yang menjadikan race ini begitu seronok untuk dihayati ... jatuh, jatuh sikit tu biasa laaa .. menjadi asam garam dalam ber MTB ... segala kekurangan tu boleh dimaafkan .. dan mana mungkin dapat memuaskan hati semua rider .. kemudahan yang terbaik yang disediakan oleh UTHM tentunya tak boleh dibandingkan dengan mana-mana jamboree...

Ramai yang kayuh rupanya .. yang pertama kali pakai baju VECT untuk jamboree pun ada .. ya laaa .. nak pegi jauh-jauh tak larat rasanya .. dah event kat tempat sendiri .. nak tak nak kayuh laa jugak pelan pelan .. yang penting habis kan .. trek rasa tak de benda sangat ... bila dah flat macam tu kena laa bagi jalan yang licin sikit .. baru ada eventure .. ramai yang tergolek .. huhuhuhu ...

Tak puas ati betul kat Yaman .. macam mane boleh kalah ni ... kena kiter ngan Fauzan pulak tu .. huhuhu .. kata main road bukan main hebat lagi ... alasan .. macam macam aku dengar ... tayar bocor laa .. hehehe .. aku rasa main road tak banyak membantu ..... apa pun tahniah dapat frame ... nak jual ke?... untung laa tiap kali jamboree dapat lucky draw .. orang nak kutuk .. kutuk laa .. tapi yang penting dapat lucky draw .. hahahaha ..

Position VECT ... 1st Irfan .. no 6, junior 38 keseluruhan .. lepas tu Iedin 58, baru Yaman, Rosli, Mamed ... Azrai ..  yang lain-lain tu aku tak sure sangat sebab terpaksa pegi rewang kat Taman ... walau pun aku tak kayuh .. dapat petik shuttle pun ok laaa .. jadi krew pengambaran ... tapi tak bes laa jadi krew .. jadi rider jugak yang bes ..







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...