17 Mei 2011
|
laluan landai dan santai . |
Sempena dengan cuti hari wesak .. AJK trek yang diketuai oleh Cikgu Daud telah menjalankan satu misi kayuhan mencari laluan trek untuk Fun Ride Charity nanti .. Tinjauan kali ini telah turut disertai oleh Is ( lama tak kayuh ni sejak nusajaya ), Fad, Isa, Ato, Beskalmurah, Hasni dan Iedin.
|
ini laa yang dikatakan bukit chicken .. |
Pagi tu sempat sarapan di kedai Ijam roti canai .. dalam pukul 8.45 baru kita orang start kayuh .. ini adalah kali kedua untuk kayuhan recce trek .. dan di akhir nanti baru kita akan finalist mana laluan trek yang hendak dipilih.. permulaan kayuhan kali ini melalui kawasan kebun kelapa sawit .. kawasan yang landai .. cuma ada becak kiri dan kanan jalan ..
|
mat salleh ni sempat tunjukan aksinya depan aku .. |
Fasa kedua melalui depan sekolah Seri Bandan .. jalan onroad .. terus ke Persimpangan Olak Batu dan ke Seri Mendapat.. jalan semua boleh kayuh .. kalau ada bukit pun sekadar bukit chicken dan bukit shukur..
|
lupa pulak nak tanya name dia ... |
Penat kayuh.. kita orang lepak di Kedai Roti Canai Kambing.. ngeteh lagi .. untuk kali yang kedua .. sedang lepak lepak aku ternampak sorang mat salleh ni naik basikal tayar satu .. aku segera ambik basikal dan segera mendapatkan mamat ni .. berbual kejap .. katanya daripada Amerika dan nak ke Singapore .. aku kagum dengan semangat orang ni ..
Perjalanan pulang diteruskan dengan melalui jalan offroad dan terus ke Parit Raja. Jumlah kayuhan kali ini lebih kurang 30 km ..
report by :-
../.. gaint19
No comments:
Post a Comment