Tuesday, 12 April 2011

HARD RIDE YONG PENG JAMBOREE

MODE : ALTERNATIF BLOG UNTUK VECT ..

10 April 2011

aksi before starting .. and crem ..
Kita lupakan sebentar pasal tak boleh nak login vexplorercyclingteam.blogspot .. puas dah aku godeh tapi tak berjaya jugak .. mungkin tecnical error semasa login .. kalau dapat balik password aku cuma paste je report ini dalam blog yang sebenar .. ini cuma alternatif saje .. mungkin lepas ni blog ini akan diterminatekan setelah semuanya kembali ok ..

Ramai yang dah tanya aku report mana .. dan untuk kepuasan semua aku cuba jugak buat report agar semua puas hati .. tak yah nak menjerit kat FB ... insyaAllah aku cuba buat yang termampu ...

participan hard cycling jamboree
Oleh sebab ada dua even yang berlangsung serentak.. satu kat UTM dan satu kat Yong Peng, perasaan berbelah bagi sebenarnya mana satu even yang nak pergi .. oleh kerana Yong Peng dekat maka kita orang deside untuk pergi tempat yang dekat sahaja.. namun ada gak yang menyahut cabaran di UTM, MTB .. sekurang-kurangnya ada gak wakil VECT yang berada di kedua-dua tempat. Syabas dan tahniah atas penyertaan dan membawa nama VECT pada dua even tersebut (walaupun tak menang) ..

kat sini semua tolak ...
Penyertaan di HARD RIDE, Yong Peng seramai 34 orang peserta .. tapi kalau kira balik ramai juga yang tak dapat menghadirkan diri atas alasan masing-masing .. Ijam (wife periksa), Rosli (keracunan makan steamboat), dan ada juga yang sekadar nak dapatkan goodies saja .. namun kemeriahan soldadu berbaju oren tetap garang dengan barisan rider tegar menghadapi apa juga rintangan yang mendatang ..

Aku dah kena sound . Cikgu Daud .. "kalau buat report jangan sebut nama orang" .. sory aku dah tersebut nama beberapa rider .. tapi tak pe lepas ni aku tak sebut yang Cikgu Daud krem sampai 5 kali .. Pawaka krem kat pinggang .. cicken run .. oppppsss ... tak yah sebut ..

dapat gak rasa naik lori ...
Pagi tu macam biasa .. sampai Yong Peng dalam pukul 7.30 pagi .. dan sebelum tu kita orang sarapan pagi di Air Hitam .. Haji Zin nampak gagah dengan suit baru LIVEAMSTRONG ... tapi aku tak nampak pulak sampai ke sudah ... tapi kali ini nampak simple .. no warming up.. no breafing .. (tu sebab Cikgu Daud krem 5 kali kot) .. starting kita orang dah tunggu kat depan .. just count down dan kita orang berlepas dengan VIP Rider (panjang) berada di barisan hadapan ..

3 km onroad .. laju giler diaorang tarik .. ada sampai 60 - 70 km/h ... yang nak laju biarkan laaa .. aku kayuh pelan asal jangan ciken run .. start masuk offroad dah mula terasa peritnya .. maklumlaa semalam hujan lebat ..jalan pun boleh tahan becaknya..


start offroad ..

Pengalaman berkayuh di Bukit Jintan tidak memberi sebarang advantage langsung .. walaupun cuma sekadar 20 peratus saja dari trek Bukit Jintan yang telah kita orang lalui sebelum ini .. tapi cukup mengambarkan mental kami dicabar dengan begitu kuat ... laluan panjang semasa downhill dijadikan uphil untuk kali ini ... dan totally mental aku dah cukup terseksa .. bila membayangkan aku terpaksa berada di puncak bukit tersebut dengan menolak basikal ..

sweeper terbaik merangkap spare rider

Secara keseluruhan trek .. fair and squre .. ada tolak dan ada downhil panjang ...  yang tertungging pun ramai bila layan downhill curam dan licin .. sampai satu ketika aku pakat gelak dengan Cikgu Daud dalam kebun getah bila pawaka mengadu sakit pinggang macam nak patah .. pas tu tertiarap dalam kebun ... nasib baik laa sweeper terbaik .. Kacun ngan Helmey datang membantu .... tak dapat naik lori naik moto pun jadilaaa ..


champion from kmtb. vect & recnviro

Penganjuran kali pertama HARD Cycling Team .. nampak tersusun dan boleh diberi pujian .. crew pun ramai .. 100 plus, banana, watermelon .. memang banyak .. mungkin ada beberapa pekara yang aku rasa tak berapa sesuai .. lain laa kalau jamboree ini berlangsung di Hong Kong .. rasa transelator bahasa cina tu tak perlu langsung .. buat ape ... bro Janggut Cyclemotion dah boleh cover semua .. takkan tak boleh faham kot ..  muskil .. muskil ... tak pe laa .. itu hak dia orang .. suka hati dia orang laa nak buat apa .. betul tak ...

Akhir sekali tahniah pada semua rider yang berani menyahut cabaran YP Jamboree .. terutama pada anak Hasni dan Cha cha yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok terbaik .. yang lain bila lagi .. skg dah tak boleh target bawah 100 .. yang penting kita enjoy  ...  jumpa lagi di lain jamboree ..

report by :
../.. gaint19 ..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...