Tuesday 29 March 2016

ABCT and VECT TOURING TO MERSING



25 Mac 2016, Terima kasih pada semua rakan yang berjaya merealisasikan touring yang kedua selepas Melaka pada tahun lepas. Tahniah gak pada semua peserta yang telah berjaya menghabiskan misi kali ini walaupun terpaksa menempuh cabaran yang maha hebat...

Start dalam pukul 7.00 pagi berkayuh sampai ke Kluang then rehat sekejap di Taman Desa... masa ni semua ok lagi .. CP kedua di Caltex Kahang...  cabaran bermula di sini .. kayuhan menguji mental peserta dengan angin yang datang dari depan serta bukit yang terpaksa dilalui..

Turun bukit pun macam kena kayuh .. huhuhuhu.... macam tu laa keluhan peserta yang kayuh .. sehinggalaa semua berhenti rehat simpang ke Jamaluang .. kali ni memang lama sikit sebab semua peserta jauh-jauh .. Perut pun dah mula lapa... makan kerepak pun jadi...

Teruskan kayuhan setelah semua sampai.... dan kali ni berhenti lagi di Simpang Felda Nitar 2, baru jumpa nasi.. macam kebulur je ... berehat sebentar .. sementara tunggu kawan-kawan yang lain.

Kayuhan fasa terakhir ni yang paling seksa aku rasa... dari Nitar ke Mersing .. dahlah panas terik, angin lagi, kawasan lapang tanpa pokok-pokok dan bukit yang berbukau-bukau...  macam nak krem .. nasib ada abang roda yang sanggup tarik ... hihii... terima kasih abang Milo...

Akhirnya sampai gak ke Mersing, walau ada yang dah sakit bokong... krem kaki .. dan macam macam hal lain.. sampai Mersing lega.. kena air kelapa memang marbeles...

Malam ada BBQ.... ni yang bes.. makan sampai puas.. then aktiviti kocok terup pun bermula... Esok pagi siap-siap dan berkemas pulang... so jumpa lagi next touring ... mana?.... Batam kot... hihihi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...