Sunday 16 October 2011

KAYUHAN CINTA NEGARA ZON SELATAN

15 Oktober 2011

Dah nama pun kayuhan cinta negara .. sure kena displin .. beratur sambil memupuk semangat cintakan negara .. murni sungguh hasrat kayuhan kali ini yang telah dianjurkan oleh ACT dengan kerjasama UTHM .. kitaorang VECT, RECnVIRO dan KMTB bergabung atas nama UTHM .. terima kasih laaa kerana memberi peluang kita orang bersama-sama dengan kayuhan santai dari SMK Parit Betak ke Pantai Punggur di Pontian .

Pagi tu .. sampai ke SMK Parit Betak dalam pukul 7.30 pagi .. mula-mula ingat tak de orang .. sekali tengok kat  dataran kejat sekolah .. perghh ramai gak dah beratur mengikut kumpulan masing-masing .. ternyata mereka (ACT) sangat berdisplin .. kita orang sampai pun dah laa lewat .. kecoh pulak nak mendaftar .. dapat laa baju ngan plat number .. terus ambil tempat untuk dengar taklimat ..

Taklimat dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku .. bacaan doa ... ikrar atlit .. taklimat keselamatan .. ucapan perasmi dan senaman .. apa yang dapat aku belajar kat sini .. tak payah pun nak letak basikal ... atas basikal pun boleh buat scracing .. pas ni cikgu daud conduct screacing atas basikal je ..

Kayuhan bermula dalam jam 8.45 pagi .. dilepaskan secara mengikut kumpulan .. aku K27 .. memang kat belakang laa .. dengan diiringi oleh marshal yang menunggang moto besar ..  rasa tak perlu nak laju .. jus santai santai je ... tu pun ade yang terpaksa ditolak .. nak sebut name ke .... hisss tak yah laa ... hehehe ..  dan sehinggalah kita orang berhenti sebentar di perkarangan masjid Sungai Tongkang ..

Relek kejap dalam setengah jam ... pas tu kayuh balik sampai ke Pantai Punggur .. sampai pantai punggur sekali lagi kita orang berkumpul di kawasan lapang untuk nyanyian Negaraku dan sedikit taklimat ringkas ..

Program diteruskan dengan aktiviti ACT .. penanaman pokok bakau dan sessi ceramah penjagaan alam sekitar ..  dan beberapa aktiviti lain seperti kebudayaan .. tapi masa ni aku dah balik .. tahniah kepada ACT dengan moto Together as One .. kerana memberikan kesedaran pentingnya penjagaan alam sekitar dengan konsep kayuhan dalam mempromosi Johor sebagai destinasi pelancongan ..

report by :-

../.. gaint9belas

4 comments:

  1. Terima kasih krn bersama2 dgn kami dlm KCN4 ni..panjang umur jumpa lg..

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih VECT ... smg kita akan bekerjasama lagi pada masa hadapan.


    yuzie
    team liputan
    ACT

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana sudi kayuh bersama...kami ada buat sedikit artikel berkenaan anda, sila layari

    http://www.act.org.my/editorial/activities/119-vect-ucap-tahniah-penganjuran-kcn-fasa-4.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...