Kayuhan kali ini sempena Majlis Konvokesyen ke 11, dari UTHM ke Stadium Batu Pahat .. mengambil tema "Town and Gown" .. peserta lebih kurang 300 orang dilepaskan sekitar jam 9.00 pagi oleh VVIP daripada UTHM .. kayuhan santai ini selain dari mempromosi konvo ke 11 UTHM ianya juga dapat memperlihatkan bahawa sukan berbasikal semakin digemari dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat ..
Tidak kira laa basikal apa yang digunakan .. ada yang pakai road bike, ada yang pakai MTB dan ade gak yang pakai fixcie dan tendem .. tapi yang lebih penting ialah penyertaan semakin meningkat dengan penyertaan pelbagai kelab basikal . yang jauh mahupun yang dekat .. bersama-sama memeriahkan lagi sukan berbasikal di Malaysia.
Pagi tu .. kita orang kayuh je dari rumah ke UTHM .. singgah sarapan kejap kat kedai Ijam .. dan sampai ke UTHM sekitar jam 8.00 pagi .. dah lambat pun sebenarnya .. tak pe laaa .. baju free dah abis .. nasib baik flat number masih ada .. kena isi borang then tunggu sampai pelepasan bermula ..
Ramai geng kayuhan yang lain .. dah siap-saip dengan baju biru muda free yang dibekalkan oleh UTHM.. macam biasa .. nyanyian lagu Negaraku .. Bangsa Johor dan bacaan doa .. dan seterusnya pelancaran konvoi berbasikal "town dan gown" ..
Kayuhan road di jalan yang belum berapa nak siap tu .. secara konvoi dikawal oleh pasukan keselamatan dan memerlukan perhatian yang tinggi .. bergerak dalam purata kelajuan sekitar 30km/j .. dan sampai ke Stadium Batu Pahat lebih kurang 1jam dengan selamat ..
Relek kejap di stadium, kemudian gerak kayuh balik ke Parit Raja .. walaupun pihak penganjur menyediakan bas dan lori untuk peserta pulang .. aku lebih senang berkayuh .. sampai balik Parit Raja dalam pukul 11.45 pagi .. letih gak layan bebudak kluang pakai road bike .. sempat cucuk angin sampai seri gading pas tu kena tinggal ..
report by :-
../.. gaint9belas
No comments:
Post a Comment