10 September 2011
Rugi rasanya mis dua kayuhan kemerdekaan di Batu Pahat dan Kluang .. tapi tak pe laa nak buat cam mana aku terpaksa berbaris gak kat Kulai .. nanti kalau ada sesiapa yang nak buat report Kayuhan Kemerdekaan bersama bekas pelumba kebangsaan di Kluang .. admin sangat berbesar hati .. sekurang-kurangnya ada juga yang menyahut cabaran berkayuh di kedua tempat tersebut ...
Entry kali ini lebih kepada report malam jamuan hari raya yang telah diadakan pada 9 September 2011 dengan moto kali ini "Kita Bakoo .. Kita Makan .. Kita Bako .. Kita Bermaafan " sambil goyang-goyang tangan macam usop wilchir tu ke? .... karepe laa beskalmurah ...
Perancangan untuk mengadakan jamuan ini pun diambil last minute .. memang gitu kot gaya kerja diaorang ni .. suka sangat last minute sampaikan nak rigester jamboree pun last minute gak .. tapi yang penting perlaksanaannya berjalan dengan lancar .. macam dah tahu-tahu je ... yang nak kena beli kambing .. si ijal .. daud, fad ngan baskelmurah gi Parit Botak cari ikan, ayam dan menu lain lain .. iwan .. biasalah jadi pengarah tetap dan berpencen ..
Malam sebelum tu dah start rewang kat belakang rumah aku .. siang ikan.. basuh ayam .. settel dalam kul 12 malam .. terima kasih laa yang datang menolong ... ijam (abang roti canai) .. azam dan crew-crew VECT yang masih setia dan sanggup membanting tulang ..
Jemputan melalui SMS.. FB dan blog selain dari pengucapan lisan mulut ke mulut rasanye memadai yang menjemput semua sahabat kayuhan yang sama-sama merealisasikan FRC 2011 tempohari .. selain dari menghargai jasa baik mereka ... peluang ini adalah untuk saling bermaafan dan mengeratkan silaturahim di kalangan ahli VECT ..
Terharu .... melihat kepada kehadiran tetamu ternyata memberi gambaran bahawa sokongan mereka terhadap VECT tak pernah pudar walaupun kekadang kesibukan tugas memaksa mereka semakin jauh .. yang jauh kita dekatkan .. yang dekat kita rapatkan ..
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi hadir .. terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini .. yang tukang komen .. yang tukang arah ... yang tukang tengok .. tukang basuh pinggan ..tukang bakoo semuanye diucapkan terima kasih ..
Semoga di lain kesempatan .. di lain masa kita sama-sama bako .. untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara kita .. sebagai admin .. andai ade terkasar bahasa .. ampun maaf dipinta ..
report by :-
../.. gaint19
picture by :-
../.. putera pawaka (sory gambor ko tak de)
No comments:
Post a Comment