21 Ogos 2011
|
VECT .. di starting point .. |
Tajuk entry kali ini aku ambil dari tajuk gambar yang beskalmurah upload kat FB.. sebab nak gunakan gambar tu gak untuk dimuatkan di dalam entry kali ini .. minggu ini turn VECT pulak menerima kunjungan rakan kayuhan daripada Kluang, Senggarang, Batu Pahat dan beberapa rakan kayuhan baru daripada KKTM .. tidak menghampakan juga kerana lebih 40 orang rider yang sanggup mengharungi cabaran malam berkayuh di sekitar Parit Raja ...
|
jual mercun ke bang ... mercun bola ade..? |
Dengan cuaca yang lembab, sejuk, dingin ditambah dengan hujan lebat yang turun pada sebelah petangnya membuatkan ada rider mengambil langkah selamat dengan memakai pakaian yang tebal, berlengan panjang dan berseluar panjang ..
Kayuhan bermula dengan taklimat keselamatan, laluan, check point dan seterusnya bacaan doa.. start kayuh dalam pukul 10.30 malam .. melalui jalan Parit Nipah . menuju ke Asam Bubuk .. dan terus ke check point pertama iaitu di masjid Seri Mendapat ..
|
tukang tarik menerima arahan dari ketua trek . |
Bagi mengimbangi kayuhan .. beberapa tukang tarik berada di hadapan .. untuk rider yang ingin berkayuh laju dan sweeper di belakang untuk memberi bantuan kepada rider yang kurang staminanya..
Suasana sunyi sepi, gelap di sepanjang laluan, maklumlaaa waktu pun pukul 11 malam .. dengan penglihatan yang terbatas tentu menyukarkan rider terutama pada rider yang pakai lampu 5 ringgit macam aku .. tapi so far alhamdulillah semuanya ok ..
|
jalan besar menuju Parit Nipah |
Sampai dipertengahan jalan antara Asam Bubuk ke masjid Seri Mendapat ... ada sorang rider yang menggunakan road bike telah bocor tayarnya .. dua kali juga tukar tuib .. nasib baik ada .. kalau tak de tiub terpaksalaa naik moto sweeper ..
|
pum tayar road seksa rupanya .. baru tahu .. |
|
rizal .. CP 1 mintak spray .. mana ade..
ingat jamboree ke |
Perjalanan diteruskan daripada Seri Mendapat menuju ke Parit Raja .. laluan sedikit berbukit .. tapi bukanlah masalah besar bagi kebanyakan rider .. kumpulan berpecah kepada beberapa kumpulan kecil .. dan akhirnya dalam pukul 1.00 kita orang sampai semualaa di tempat permulaan dan seterusnya singgah sahur di Restoran Selera Kampung ..
|
CP 1 .. dihadapan masjid.. |
Setelah penat berkayuh .. kami dihidangkan dengan teh o dan kopi o panas dengan hidangan nasi goreng dan mee hoon goreng .. sambil berborak-borak sampai pukul 2.00 pagi.
|
rider dilepaskan .. |
|
sahur sahur .. |
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat, KTMB, Recnviro, KKTM dan daripada VECT sendiri juga tidak lupa kepada Marshal yang telah membantu melancarkan perjalanan Kayuhan Ngada-Ngada ini.. Jumpa lagi di ramadan tahun hadapan ..
|
menu tambahan ubi rebus cecah sambal ..
pehhh power beb ... |
report by :-
../.. gaint19
photo ihsan beskalmurah ..
No comments:
Post a Comment