Tuesday 29 November 2016

MRC vs Sri Gading MTB Challenge

Kebetulan kedua-duanya berlangsung pada tempat yang sama .. menggunakan ladang kelapa sawit sebagai tempat event dan Pura Kencana sebagai lokasi flag off.... namun dalam kesamaan tu sebenarnya terlalu banyak perbezaan .. pengajur yang berbeza jadi bagi menampakkan kelainan .. mesti laa penganjur memikirkan challenge nye juga harus berbeza...

Sebelum event pun dah banyak kedengaran cerita2 yang tak sedap .. tapi bagi aku .... aku peduli apa.. yang penting aku join dan kayuh.. lantak ko orang laa.. tak de istilah boikot memboikot dalam bersukan.. tapi akhirnya .. walaupun tanpa sentuhan pro rider .. trek dalam masa dua minggu pun dapat disiapkan mengikut cita rasa mereka ... alhamdulillah MRC aku puji .. perlaksanaan yang teratur.. walaupun ada sesetengah pihak.... trek sesuai untuk beginner .. tapi semua orang happy ..matlamat tercapai ... mana lebih penting ... kita happy kayuh atau bagi rider merungut ..

Sri Gading MTB Challenge - Pertamanya aku minta maaf .. kalaupun ada yang tersentuh dengan kenyataan aku ini .. dan aku juga sedar untuk memenuhi keinginan semua pihak adalah mustahil .. dan ini adalah pandangan peribadi aku ... bukan pandangan kelab..

Maaf juga atas respon yang agak kurang menyenangkan dalam FB .. kalau dinilai balik bukan nak menyalahkan penganjur tapi ianya adalah lebih kepada respon kepada posting sebelumnya... sampaikan penganjur sendiri PM saya minta penjelasan ..

Apa yang sebenarnya tuan nak dalam menganjurkan event itu ... penyertaan .. budaya bersukan.. perpaduan .. kesefahaman .. keterlibatan masyarakat .. menjana ekonomi .. mempromosi sukan berbasikal... tukaran wang asing .. penyertaan antarabangsa .. meladeni masyarakat dengan event sokongan .. ternyata tuan telah berjaya ...

Tapi tuan sebenarnya telah terlupa... banyak benda .. walau pun tuan merasakan yang tuan mempunyai kepakaran dalam penyediaan trek .. trek yang menyerupai standard UCI.. tapi tuan sedia maklum yang bukan semua perserta itu faham apa sebenarnya UCI .. bagi aku .. TK kat Bindu pun teruk .. XPro kat Kg Rahmat pun teruk .. yang dah biasa mungkin tak kisah .. tapi agak malang kepada individu yang baru nak menceburi MTB .. terus dibunuh dengan kejam macam tu ..

Mana petugas yang patut tuan letakan ditempat yang mempunyai risiko yang tinggi .. sepanjang perjalanan .. tak de satupun petugas kecuali di CP... mengambil mudah soal keselamatan memang tidak boleh diterima akal ... dah tahu trek licin macam tu .. apakah plan tindakan yang dilakukan jika berlaku kemalangan .. maaflaa kalau saya terlepas pandang..

Bro Amar ada kata ... takkan sampai nak bentang permaidani merah kot baru tak sesat ... aduhai ... kita orang kalau boleh nak lebih dari itu ... nak ada guide .. nak ada riben merah putih dari awal sampai akhir .. tapi sebenarnya .. sesat tak sesat ni banyak faktor.. kalau ko orang kayuh .. lepas tu perati pokok tu .. berhenti tengok .. kiri ke kanan ... berhenti kejap ... tengok lagi .. memang laa tak sesat .. tapi ko orang kluar pukul berapa ..

Soalnya sekarang dah banyak event aku pergi .. tapi event yang ini memang paling jimat .. pakai pinggan polistein je .. nah ambik ko .. nak jimat sangat sampai rider elit pun sesat .. kalau dah ramai yang sesat memang salah signis.. sama ada tak jelas .. atau pun kurang banyak .. kurang man power .. aku antara orang paling berhati hati tentang laluan sebenarnya .. tapi kali ni aku terkena gak ..

Yang lain-lain ok.. malas nak cerita nanti orang menyampah dengan aku... macam laa pro sangat.... huhuhu...


1 comment:

  1. hi
    USIM Mini Fund Jamboree'17USIM Mini Fund Jamboree'17. 7 sukaan. Komunitiwww.facebook.comDatanglah beramai-ramai ke Usim Mini Fund Jamboree '17 untuk merasai pengalaman berbasikal yang menarik sepanjang 20km track offroad dan onroad Usim. Beriadah sambil beramal. "Fun with Fun"

    Untuk pendaftaran boleh layari :

    www.bikeaway.com

    Dapati info di:

    Ig : @usimminifundjamboree17
    FB: https://www.facebook.com/usimminifundjamboree17/

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi no yang tertera :

    Azizi - 0173208370
    Aina - 0145346716/0172155430

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...