Monday 30 July 2012

KAYUHAN SAHUR - RECNVIRO

Sambil menunggu rakan-rakan mukabuku upload gambar kayuhan sahur ni .. aku teruskan dengan menulis pengalaman berkayuh malam .. kayuhan sahur yang diorganize oleh Recnviro ... tahniah laa kerana telah meletakkan kayuhan sahur ini pada satu penanda aras yang sangat tinggi ... baik dari segi hospilitinya mahupun kawalan marshall ... kalau tahun lepas kat kedai mamak je .. tapi tahun ni kat Sik Seafood diserikan lagi dengan kehadiran YB Senggarang ... makan tak usah citer laa .. terbaeek bro ...

Last aku kayuh masa Prison Jamboree .. lepas tu memang tak pegang basikal langsung .. siang tu cari laa lampu kat kedai dua ringgit .. walau pun sebenarnya harga lampu tu lima ringgit .. huhuhu .. janji ada .. kayuhan kali ini bermula dari Sengggarang melalui Jalan Pontian Batu Pahat, mendaki Bukit Kelicap dan CP pertama di Tasik Y, berhenti dalam setengah jam dan terus ke Minyak Beku ...

Berkayuh dalam satu kelompok tidak mendatang sebarang masalah .. semua pun dah biasa kayuh .. lagi pun dengan kawalan four wheel kat depan membataskan kaki speed nak tinggal kan orang yang tak kuat kat belakang ... sedikit cabaran dari Tasik Y ke Minyak Beku .. dengan pendakian .. bila tak nampak bukit kat depan ... tu yang best ... terutama bila melayan Bukit Lada ... menjerit gear bila kena paksa tukar dari gear tinggi ke rendah .. huhuhuhu ..

Sampai semula kat Senggarang dalam pukul 2 pagi ... sahur ... sedikit ucapan dari presiden Recnviro dan YB Senggarang .. makan sampai kenyang .. balik ada goodies pulak dari YB .. huhuhuhu ..  segan aku ..  diaorang kata minggu depan ni kat Parit Raja .. VECT jadi host pulak ... tu nak kena tanya Beskalmurah ngan Fad .. dia orang ok .. aku on je ... kita jemput semua ... Recnviro, Parit Kasih, KMTB, PRB dan FCT ..... tapi yang lebih penting kita teruskan semangat berkayuh dan silaturahim di kalangan pengemar basikal ..

Sampai rumah dalam pukul 3.30 pagi ..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...