Sunday, 24 July 2011

SENGGARANG - FUN RIDE YANG SANTAI

25 Julai 2011

garisan permulaan


Bertemu kembali dengan entry terbaru .. Senggarang Fun Ride yang berlangsung pada 24 Julai 2011 di Tapak Expo Senggarang .. kayuhan silaturahim ini telah dikelolakan oleh geng Recnviro dan mendapat kerjasama pihak JPMM Dun Senggarang .. Kayuhan santai ini telah dirasmikan oleh ADUN Senggarang .. dan tepat jam 8.30am kita orang telah dilepaskan dan bermula kayuhan lemah gemalai menyusuri pantai Sungai Lurus ..

tukang kayuh VECT
Masing-masing tak nak laju .. tak tahu sebab apa .. mungkin menghormati konsep kayuhan santai dan silaturahim maka nak duduk frontline pun cam tak nak je .. geng VECT duduk belah belakang-belakang je .. bagilaa laluan kepada rider lain yang nak pecut ke depan ..
YB berfesyen Retro

Rasanya tak de kesukaran langsung berbanding dengan jamboree .. tak perlu nak tolak basikal .. keadaan jalan yang rata, tepi pantai, kebun sayur, kebun kelapa sawit, kawasan kampung dan sedikit kawasan becak dan berpasir ..  dalam duduk kat belakang tu pun .. akhirnya pecut juga semata-mata nak lepaskan gian masing masing menguji kudrat ..cikgu daud kata jer nak kayuh santai..tp skali aku tgok meter dah dkt 30km/j gak la...hampehh..dan akhirnya sampailah VECT dalam kelompok 30 peserta terbaik ..

Tahniah kepada Recnviro kerana berjaya menganjurkan kayuhan silaturahim .. rasanya tak de cacat celanya pun .. semuanya ok .. dan masing-masing puas berkayuh dalam tak nak pecut pun akhirnya kalah pada naluri hati yang inginkan cabaran yang extream ..

santai-santai jer...
Akhir kata .. sampai jumpa kembali dengan kayuhan lain .. minggu depan di Belumut bersama KMTB .. perghh ada barbeQue .. kayuhan apa pulak ni ..  kayuhan sambutan ramadan kot ....



trek tp laut

layan onroad

bkt tangki




report by :-

../.. gaint19

gambar:beskalmurah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...