Dari awal pun aku dah rasa yang macam malas nak kayuh, dengan setting basikal yang tak berapa cun .. aku langgar je laaa .. paling paling sampai CP 1, aku cari chiken run .. first time line up kat depan untuk kategori veteran, junior dan women .. tengok sorang sorang laju macam apa ... nak cari ranking ?... sampai aku pun dihimpit hampir nak langgar tembok ADTEC ...
Sekarang pun semuanya dah laju laju .. nak laju boleh, tapi biarlaaa penuh dengan tertip, beradap dan sopan ... sekarang budak budak pun dah pandai jerit... rider rider .... tak payah laa nak jerit jerit sambil merungut sedangkan kat depan tu dah stuck, nak lari kiri pun tak boleh, kanan pun tak boleh ... so ikut je la orang tolak .. tapi kalau dah rasa kuat sangat pun .. hormat laa kat orang tua ... alaaa .. lepas tu aku tengok ko tak kemana pun ..
Penyertaan VECT, masih dengan muka muka itu jugak, paling meningkat Pawaka .. dengan basikal sponser ... habis dia kiter termasuk budak budak PTK .. Beskalmurah .. apa dah jadi ngan ko ... orang kaki panas pun dah boleh kiter ko ... jarak .. mungkin kalau tambah lagi 15 kilometer sure semua ko boleh kiter kan .. hehehe .. tapi dah macam kayuh hujung minggu je kan ..
Trek, rasa macam pernah lalu .. trek Mersa Alam pun ada lalu trek ini ... dua tiga bukit yang mula-mula je yang tak boleh panjat sebab stuck .. lepas CP 1, semua aku panjat, tanpa masalah ... gearing problem terpaksa guna light gear dari mula sampai akhir ... ramai yang santai, yang sesat pun ada .. yang jatuh, usah citer, trek licin .. kalau tak hati hati sure tergolek ..
So jumpa kami di X Ride, Melaka bulan 12 ni ... ramai yang tegur sampai tak tahu kat mana aku jumpa ... tapi itulaa sebenarnya, nilai persahabatan sebagai satu keluarga besar peminat MTB seluruh negara ...
aku setuju sgt dengan komen di atas. Aku adalah salah satu mangsa yg penganjur tidak peka semasa sessi perlepasan. sepatutnya crew kena annunce berkali2 untuk pelepasan open kategori. cari mana2 rider yg masih lg tercicir untuk diarahkan masuk dlm kelompok terbuka sebelum flag off. ini x, kesilapan mereka membuatkan aku dan rider-rider open kategori yg lain terlepas dan tercicit ke belakang memyebabkan kami tertanya2..jd terpaksa kami masuk dlm kategori veteran semasa flag off..kes naya betul..
ReplyDelete