Monday 30 July 2012

KAYUHAN SAHUR - RECNVIRO

Sambil menunggu rakan-rakan mukabuku upload gambar kayuhan sahur ni .. aku teruskan dengan menulis pengalaman berkayuh malam .. kayuhan sahur yang diorganize oleh Recnviro ... tahniah laa kerana telah meletakkan kayuhan sahur ini pada satu penanda aras yang sangat tinggi ... baik dari segi hospilitinya mahupun kawalan marshall ... kalau tahun lepas kat kedai mamak je .. tapi tahun ni kat Sik Seafood diserikan lagi dengan kehadiran YB Senggarang ... makan tak usah citer laa .. terbaeek bro ...

Last aku kayuh masa Prison Jamboree .. lepas tu memang tak pegang basikal langsung .. siang tu cari laa lampu kat kedai dua ringgit .. walau pun sebenarnya harga lampu tu lima ringgit .. huhuhu .. janji ada .. kayuhan kali ini bermula dari Sengggarang melalui Jalan Pontian Batu Pahat, mendaki Bukit Kelicap dan CP pertama di Tasik Y, berhenti dalam setengah jam dan terus ke Minyak Beku ...

Berkayuh dalam satu kelompok tidak mendatang sebarang masalah .. semua pun dah biasa kayuh .. lagi pun dengan kawalan four wheel kat depan membataskan kaki speed nak tinggal kan orang yang tak kuat kat belakang ... sedikit cabaran dari Tasik Y ke Minyak Beku .. dengan pendakian .. bila tak nampak bukit kat depan ... tu yang best ... terutama bila melayan Bukit Lada ... menjerit gear bila kena paksa tukar dari gear tinggi ke rendah .. huhuhuhu ..

Sampai semula kat Senggarang dalam pukul 2 pagi ... sahur ... sedikit ucapan dari presiden Recnviro dan YB Senggarang .. makan sampai kenyang .. balik ada goodies pulak dari YB .. huhuhuhu ..  segan aku ..  diaorang kata minggu depan ni kat Parit Raja .. VECT jadi host pulak ... tu nak kena tanya Beskalmurah ngan Fad .. dia orang ok .. aku on je ... kita jemput semua ... Recnviro, Parit Kasih, KMTB, PRB dan FCT ..... tapi yang lebih penting kita teruskan semangat berkayuh dan silaturahim di kalangan pengemar basikal ..

Sampai rumah dalam pukul 3.30 pagi ..

Monday 16 July 2012

RAMADAN DATANG LAGI ..

bike clinic 
Kejap je masa berlalu .. dah nak puasa .. aktiviti berbasikal terpaksa dikurangkan .. kalau nak kayuh pun macam tahun-tahun lepas .. kita akan start kayuh belah malam .. ingat lagi tahun lepas kena ubi kayu kat Restoran Kampung kayuh ngan bebudak Kluang dan Batu Pahat .. tahun ni .. insyaAllah kalau ada yang sanggup nak organize kita just follow je ..

Masa ni laa .. rasa yang terbaik untuk kurangkan berat badan ..  di samping mendapat pahala yang banyak .. bak kata Cikgu Daud .. tido pun dapat pahala .. heheehehe ..

Aktiviti kelab .. banyak yang tidak tertulis kat blog .. tapi aku tahu .. masing-masing punya plan tersendiri .. payah dah sekarang nak kumpul ramai-ramai ... tapi bukan bermakna semangat berkayuh.. semangat berjamboree dah makin hilang .. cuma sekarang ni lebih menumpukan kepada secret tranning masing-masing .. huhuhuhu ...

Apa pun .. selamat menyambut ramadan .. selamat berpuasa .. kalau ada rezeki tahun ni kita buat open house lagi ... kita bako bakoo ... panggil semua rider yang terdekat .. dan matlamat utama mengeratkan silaturahim di kalangan semua rider ... supaya taklaa dikatakan kita ni Cycling Team yang Ego ..hehehehe ..

Sunday 1 July 2012

JAMBOREE AGROBAZAR MTB PAGOH 2012


Kringggggg…alarm bunyi jam 4.50am….hari nie kayuh Pagoh lagi…pehh kalau ingatkan tahun lepas…trauma pun belum hilang sebab susahnya trek diaorang…tak heran la orang2 sana kuat2 belaka…
Sarapan kat RnR Pagoh, memang tak sesuai langsung utk persiapan berbasikal….kira tak best laa…tapi sebab dah tak de pilihan, makan je apa2 yang ada dari kelaparan tak bole kayuh.
Alamakkk….kali nie aku tak dapat amik gambar sendiri  derr…tertinggal camera…kena la sauk mana2 gambar yag ada untuk tatapan dalam blog…soriii yea…. (ingat ikan ke boleh sauk sauk)

Masuk jea barisan….Perhhhh….ramai jugak…1300 orang ada la agaknya..start kayuh dalam 7km road…mcm pelesit masing2.. Yea la dah bertahun2 kayuh…mana tak laju rider2 tu haa…kita orang mcm biasa, kayuh warm-up jea lebih( alasan). Tak terlarat nak kejo…
Trek kali nie rupanya lain dari trek lepas..kami dihidangkan dengan trek estet jalan sawit yang nikmat utk dikayuh tapi agak ngeri sebab full-sus downhiller VECT memang kecut kalau downhill batu kerikil merah…kalu jatuhh ibarat macam buah karom laa peginya. Alhamdullilah….survived. Trek berbukit tak silap sampai check point 2. Lepas tu trek agak mendatar yang menyaksikan semua rider2 pecut mcm nak rak…mcm biasa, kita tengok jea le…..hati nak pecut…tapi tak larat. Secara keseluruhannya, trek kira ikut trend 2012, mcm yg lain….organiser sengaja tak nak buat yg susah2 sangat. Bagus jugak tu…tukar2 la mood sikit yea tak.

Jamboree kali nie memang banyak jugak rider yg tak bernasib baik. Sama ada accident atau beskal masalah teknikal. Nak buat mcm mana, dah namanya sukan lasak.Cuma harap2 tak le kena kat kita…yea tak…Mana kan tahan telinga kalau beskal rosak kwn lain lalu,kena kitterr gitu aje laa….nak tolong pun tak bole. Doa le banyak2.

Apa2 pun tahniah kepada geng2 Fauzan, Prince Town Knight (PTK), Kulai kali nie sebab keseluruhannya dapat kiterr VECT. Stretegi dia orang kali nie menjadi. Sampai ke habis aku tak dapat kejar dia orang…memang luajju….( ini VECT & PTK je yea….team lain lagi la laju…hehehe). TAHNIAH geng2 PTK semua…lain jamboree kita kayuh lagi..

Lucky draw…aku, daud dan Fad tak dapat tunggu sebab ada jemputan kawin.  Khabarnya, Ijam roti dapat hamper jea…yg lain hampa…tak pe lah…nama pun lucky draw…
Rasanya, ini jamboree last sebelum kita berpuasa agaknya…so kami semua ahli VECT  ingin ucapkan selamat berpuasa wajib dan puasa ganti bagi yg belum sempat ganti..
Last…..Semua lapan (8) ahli VECT yg berjuang kali nie selamat sampai sebelum kul 12. Menyaksikan kemenangan Yaman (99), Aku (Beskalmurah) (206), Ckgu Daud (307), Rosli Double Exzos (3++), Mamed, Ijam Roti,Fad, anak buah Rosli ( 2nd time Jamboree dah ok). Tahniah..!!

report by  :-
Beskalmurah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...