Sunday 23 October 2011

KAYUHAN KONVOI "TOWN & GOWN" .. UTHM KONVO KE 11

22 Oktober 2011



Kayuhan kali ini sempena Majlis Konvokesyen ke 11, dari UTHM ke Stadium Batu Pahat .. mengambil tema "Town and Gown" .. peserta lebih kurang 300 orang dilepaskan sekitar jam 9.00 pagi oleh VVIP daripada UTHM .. kayuhan santai ini selain dari mempromosi konvo ke 11 UTHM ianya juga dapat memperlihatkan bahawa sukan berbasikal semakin digemari dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat ..

Tidak kira laa basikal apa yang digunakan .. ada yang pakai road bike, ada yang pakai MTB dan ade gak yang pakai fixcie dan tendem .. tapi yang lebih penting ialah penyertaan semakin meningkat dengan penyertaan pelbagai kelab basikal . yang jauh mahupun yang dekat .. bersama-sama memeriahkan lagi sukan berbasikal di Malaysia.

Pagi tu .. kita orang kayuh je dari rumah ke UTHM .. singgah sarapan kejap kat kedai Ijam ..  dan sampai ke UTHM sekitar jam 8.00 pagi .. dah lambat pun sebenarnya .. tak pe laaa .. baju free dah abis .. nasib baik flat number masih ada .. kena isi borang then tunggu sampai pelepasan bermula ..

Ramai geng kayuhan yang lain .. dah siap-saip dengan baju biru muda free yang dibekalkan oleh UTHM.. macam biasa .. nyanyian lagu Negaraku .. Bangsa Johor dan bacaan doa .. dan seterusnya pelancaran konvoi berbasikal "town dan gown" ..

Kayuhan road di jalan yang belum berapa nak siap tu .. secara konvoi dikawal oleh pasukan keselamatan dan  memerlukan perhatian yang tinggi .. bergerak dalam purata kelajuan sekitar 30km/j .. dan sampai ke Stadium Batu Pahat lebih kurang 1jam dengan selamat ..

Relek kejap di stadium, kemudian gerak kayuh balik ke Parit Raja .. walaupun pihak penganjur menyediakan bas dan lori untuk peserta pulang .. aku lebih senang berkayuh .. sampai balik Parit Raja dalam pukul 11.45 pagi .. letih gak layan bebudak kluang pakai road bike .. sempat cucuk angin sampai seri gading pas tu kena tinggal ..

report by :-
../.. gaint9belas


Sunday 16 October 2011

KAYUHAN CINTA NEGARA ZON SELATAN

15 Oktober 2011

Dah nama pun kayuhan cinta negara .. sure kena displin .. beratur sambil memupuk semangat cintakan negara .. murni sungguh hasrat kayuhan kali ini yang telah dianjurkan oleh ACT dengan kerjasama UTHM .. kitaorang VECT, RECnVIRO dan KMTB bergabung atas nama UTHM .. terima kasih laaa kerana memberi peluang kita orang bersama-sama dengan kayuhan santai dari SMK Parit Betak ke Pantai Punggur di Pontian .

Pagi tu .. sampai ke SMK Parit Betak dalam pukul 7.30 pagi .. mula-mula ingat tak de orang .. sekali tengok kat  dataran kejat sekolah .. perghh ramai gak dah beratur mengikut kumpulan masing-masing .. ternyata mereka (ACT) sangat berdisplin .. kita orang sampai pun dah laa lewat .. kecoh pulak nak mendaftar .. dapat laa baju ngan plat number .. terus ambil tempat untuk dengar taklimat ..

Taklimat dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku .. bacaan doa ... ikrar atlit .. taklimat keselamatan .. ucapan perasmi dan senaman .. apa yang dapat aku belajar kat sini .. tak payah pun nak letak basikal ... atas basikal pun boleh buat scracing .. pas ni cikgu daud conduct screacing atas basikal je ..

Kayuhan bermula dalam jam 8.45 pagi .. dilepaskan secara mengikut kumpulan .. aku K27 .. memang kat belakang laa .. dengan diiringi oleh marshal yang menunggang moto besar ..  rasa tak perlu nak laju .. jus santai santai je ... tu pun ade yang terpaksa ditolak .. nak sebut name ke .... hisss tak yah laa ... hehehe ..  dan sehinggalah kita orang berhenti sebentar di perkarangan masjid Sungai Tongkang ..

Relek kejap dalam setengah jam ... pas tu kayuh balik sampai ke Pantai Punggur .. sampai pantai punggur sekali lagi kita orang berkumpul di kawasan lapang untuk nyanyian Negaraku dan sedikit taklimat ringkas ..

Program diteruskan dengan aktiviti ACT .. penanaman pokok bakau dan sessi ceramah penjagaan alam sekitar ..  dan beberapa aktiviti lain seperti kebudayaan .. tapi masa ni aku dah balik .. tahniah kepada ACT dengan moto Together as One .. kerana memberikan kesedaran pentingnya penjagaan alam sekitar dengan konsep kayuhan dalam mempromosi Johor sebagai destinasi pelancongan ..

report by :-

../.. gaint9belas

Monday 10 October 2011

UMT Jamboree..

11 Oktober 2011
Fuuhh...kebas dah bontot..jauhnya la...dekat 10 jam baru sampai...perjalanan mencecah 5++ km nak smpai ke Terengganu ni...Kali ni ahli Vect bersama wakil UTHM team yg merupakan ahli Vect dan Rec seramai lebih kurang 30 orang mencubakan diri beralih arah ke pantai timur dgn menyertai jamboree anjuran UMT..1 bas utk bawa joki dan 1 lori utk bawa kuda...aku, Cikgu Daud, Beskalmurah ngan Fad naik X-Trail sbb Beskalmurah kena blk awal..

Alhamdulillah semua selamat sampai di Terengganu dan kita org stay kat homestay Tanjung Ketapang..Aku smpai dlm pukul 1 pagi dan yg naik bas smpai dlm pukul 3 pagi..Awal pg semua dah kena bersiap utk ke UMT sebab pg ni nak kena kayuh 8 km utk smpai ke UMT..belum mula jamboree dh berpeluh dah...lepas ambil plat pd Rizal (dia dah smpai awal sbb wife dia org Kuala Terengganu) kita org g sarap kat warung berdekatan UMT...biasa pg sarap roti canai, tp kali ni sarap nasi dagang lauk ikan tongkol..mmg mantopp...

Penyertaan UMT Jamboree ni tak ramai..dlm 400 org jer yg mendaftar..lebih kurang 8.30 pg smua rider dilepaskan..mula2 layan jalan tar dlm 10 km lebih..lepas layan jalan tar layan jalan layan plak offroad tepi sawah..kat sini yg ada masalah sbb banyak tahi lembu ngan lopak air..tu yg kena elak ke kanan ke kiri..kat sini la juga tercipta peribahasa baru..(ibarat org depan yg langgar tahi lembu..org belakang yg dpt percik dan baunya..hahaha..)...

Dgr cita ada gak yg jatuh berlanggar sbb nk elak lecak ngan tahi lembu..dlm 2 km offroad, layan jln tar semula..ingat kan takda bukit..sekali...amik kau..tegak dia punya bukit..kanan kiri hutan plak tu..takda yg lepas utk kayuh bukit yg pertama ni..semua menolak sbb trek dia berbatu...lepas naik bukit bukan turun bukit..tp makin naik bukit...lepas naik...naik lg..hahahaha..semput sbb lama tak traning..terkeluar la juga nasi goreng pg td...nasib takde geng Vect yg nmpak..dah puas panjat bukit yg tak abis-abis..layan downhill plak..downhill mmg terbaik..ngan batu besar2..selekoh yg berpasir mmg menguji skill dan keberanian setiap rider...kali ni pinggang aku sakit lg..tp tak la seteruk yong peng..aku cuba rehat jap..sekali aku tgok sekeliling tempat aku duduk bnyak pacat..trus capai beskal kayuh semula...

Lepas penat layan bukit..kua plak kat jln tar menuju semula ke UMT..ni yg paling aku tak suka..pandangan mmg cantik sbb tepi laut, tp panas membakar...padahal bru pkl 10 lbih..nk smpai ke garisan penamat ada lg 10 km..layankan jer lah..sblum smpai kat UMT tiba2 Cikgu daud sergah aku dr blkg..rupa-rupanya dia kejar aku..apa lg trus aku pecut sbb tak bg potong smpai lupa yg peha dah krem...hahahaha..sblum smpai garisan penamat Cikgu Daud tertonggeng sbb pedal sangkut divider akibat rapat sangat amik selekoh..

Aku tamatkan kayuhan dgn rengking ke 23 dan cikgu daud 24...geng yg lain dah sampai lebih awal..Petang tu selepas rehat n lelapkan mata sekejap kat homestay..aku bergerak pulang..sempat la gak bli ole2 dri Terengganu..selamat tinggal Terengganu..lain kali kami dtg lg..na..na..na..na..na...ganu kite...  


report/
P.Pawaka
pic/
wife rizal, beskalmurah/cikgu daud
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...