Sunday 21 August 2011

KAYUHAN NGADA-NGADA MALAM 21 RAMADAN

21 Ogos 2011

VECT .. di starting point ..
Tajuk entry kali ini aku ambil dari tajuk gambar yang beskalmurah upload kat FB.. sebab nak gunakan gambar tu gak untuk dimuatkan di dalam entry kali ini ..  minggu ini turn VECT pulak menerima kunjungan rakan kayuhan daripada Kluang, Senggarang, Batu Pahat dan beberapa rakan kayuhan baru daripada KKTM ..  tidak menghampakan juga kerana lebih 40 orang rider yang sanggup mengharungi cabaran malam berkayuh di sekitar Parit Raja ...

jual mercun ke bang ... mercun bola ade..?
Dengan cuaca yang lembab, sejuk, dingin ditambah dengan hujan lebat yang turun pada sebelah petangnya membuatkan ada rider mengambil langkah selamat dengan memakai pakaian yang tebal, berlengan panjang dan berseluar panjang ..

Kayuhan bermula dengan taklimat keselamatan, laluan, check point dan seterusnya bacaan doa.. start kayuh dalam pukul 10.30 malam .. melalui jalan Parit Nipah . menuju ke Asam Bubuk .. dan terus ke check point pertama iaitu di masjid Seri Mendapat ..
tukang tarik menerima arahan dari ketua trek .

Bagi mengimbangi kayuhan .. beberapa tukang tarik berada di hadapan .. untuk rider yang ingin berkayuh laju dan sweeper di belakang untuk memberi bantuan kepada rider yang kurang staminanya..

Suasana sunyi sepi, gelap di sepanjang laluan, maklumlaaa waktu pun pukul 11 malam ..  dengan penglihatan yang terbatas tentu menyukarkan rider terutama pada rider yang pakai lampu 5 ringgit macam aku .. tapi so far alhamdulillah semuanya ok ..

jalan besar menuju Parit Nipah
Sampai dipertengahan jalan antara Asam Bubuk ke masjid Seri Mendapat ... ada sorang rider yang menggunakan road bike telah bocor tayarnya .. dua kali juga tukar tuib .. nasib baik ada .. kalau tak de tiub terpaksalaa naik moto sweeper ..

pum tayar road seksa rupanya .. baru tahu ..
rizal  .. CP 1 mintak spray .. mana ade..
 ingat jamboree ke
Perjalanan diteruskan daripada Seri Mendapat menuju ke Parit Raja .. laluan sedikit berbukit .. tapi bukanlah masalah besar bagi kebanyakan rider .. kumpulan berpecah kepada beberapa kumpulan kecil .. dan akhirnya dalam pukul 1.00 kita orang sampai semualaa di tempat permulaan dan seterusnya singgah sahur di Restoran Selera Kampung ..

CP 1 .. dihadapan masjid..
Setelah penat berkayuh .. kami dihidangkan dengan teh o dan kopi o panas dengan hidangan nasi goreng dan mee hoon goreng .. sambil berborak-borak sampai pukul 2.00 pagi.
rider dilepaskan ..
sahur sahur ..

Terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat, KTMB, Recnviro, KKTM dan daripada VECT sendiri juga tidak lupa kepada Marshal yang telah membantu melancarkan perjalanan Kayuhan Ngada-Ngada ini.. Jumpa lagi di ramadan tahun hadapan ..

menu tambahan ubi rebus cecah sambal ..
pehhh power beb ...
report by :-

../.. gaint19

photo ihsan beskalmurah ..

Saturday 13 August 2011

SENGGARANG - MINYAK BEKU NITE RIDE

13 Ogos 2011

Pejam celik pejam celik dah 13 hari umat islam berpuasa, cepatnya masa berlalu .. dan sebenarnya pun sepanjang berpuasa ni .. ini laa kali pertama aku dan rakan-rakan VECT pegang basikal .. last itu hari kat Senggarang Fun Ride ..  dan atas pelawaan rakan Revnviro .. kami gagah menyahut cabaran berkayuh malam .. cuma terbayang seksanya nanti .. satu mungkin sebab dah lama tak kayuh, keduanya sebab siangnya kita berpuasa dan ketiganya keadaan malam hari yang tentu menyukarkan pandangan..

semua rider di jeti Minyak Beku
Pengalaman berkayuh malam seperti tahun tahun lepas rasanya masih terbayang kemeriahannya dengan cuaca sejuk, dingin yang menyapa tubuh rider sepanjang kayuhan .... dan petang tu pun dah kedengaran guruh di langit yang membuatkan kami was-was ... boleh ke kayuh malam ni .. tepat jam 9.30 aku gerak ke Senggarang melalui Parit Karjo .. tak lama kemudian sampai cikgu Daud, Fad dan Zamri satu kereta .. Haji Zin dengan kereta antik dia tu .. dan dah ramai juga rider dari Senggarang yang telah menunggu kami di hadapan kedai mamak Muhammad Ali ..

Sedikit taklimat ringkas daripada chif nyeruntul bro Yaman dan bacaan doa oleh Haji Zin .. kayuhan dinasihatkan agar sentiasa berada dalam position sebaris dan front rider supaya tidak terlalu laju .. dalam hati memang aku .. memang laa kat sini boleh tapi bila atas jalan raya .. semua rider lupa pasal tu .. tarik punya tarik dah ada rider yang tertinggal jauh kat belakang .. yang bagusnya ada 4 wheel cover kat belakang sekali .. berehat sebentar supaya dapat tunggu rider yang dah tertinggal jauh ..

Mengah beb .. maklum dah lama tak kayuh ... tapi layan laa jugak .. tertinggal jauh kat belakang .. pun tak bes gak kan .. dah akhirnya sampailaa kami kat Jeti Minyak Beku .... perghhh menarik tempat ni .. tak pernah pegi pun .. happening jugak malam-malam kat sini ..

Tak minum pun .. sebab dia orang dah sediakan air 100 tambah ngan pisang dan tembikai ... dan setelah lebih kurang setengah jam menghirup udara segar di jeti Minyak Beku .. kami pun berbasikal balik ke Senggarang melalui jalan Batu Pahat - Pontian .. pengalaman dikejar anjing antara yang menjadi igauan peserta kayuhan .. melalui Bukit Kelicap dan beberapa anak bukit membuatkan aku sendiri letih teramat sangat ...

Kayuhan perlu dihabiskan segera .. dalam 40 km/h berkayuh dari Koris ke Senggarang ... lajunya dia orang ... tak curi angin ..  pengsan ni .. dan sampai kembali di tempat permulaan dalam pukul 1.45 malam ... pas tu ngeteh kejap dalam pukul 2.15 bertolak kembali ke Parit Raja ..

Terima kasih pada Recnviro .. minggu depan kat Parit Raja pulak .. dan VECT jadi host ... jemput laa reramai datang .. selain persediaan untuk ECC nite ride .. yang penting hubungan silaturahim di kalangan rider terutama di daerah Batu Pahat akan terus terjalin ..


report by :-

../.. gaint19

photo by :-

../.. cikgu daud



Thursday 11 August 2011

Selamat Hari Raya


Dikesempatan ini, kami dari V'explore Cycling Team mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh rakan-rakan dalam dunia berbasikal. Kami memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah silap selama kami menceburi diri dalam dunia berbasikal. Semoga raya tahun ini lebih bermakna dari raya sebelumnya. Kepada mereka yang akan pulang ke kampung, pandulah kereta berhati-hati. Ingatlah orang yang tersayang. PANDU CERMAT JIWA SELAMAT......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...