Sunday 24 July 2011

SENGGARANG - FUN RIDE YANG SANTAI

25 Julai 2011

garisan permulaan


Bertemu kembali dengan entry terbaru .. Senggarang Fun Ride yang berlangsung pada 24 Julai 2011 di Tapak Expo Senggarang .. kayuhan silaturahim ini telah dikelolakan oleh geng Recnviro dan mendapat kerjasama pihak JPMM Dun Senggarang .. Kayuhan santai ini telah dirasmikan oleh ADUN Senggarang .. dan tepat jam 8.30am kita orang telah dilepaskan dan bermula kayuhan lemah gemalai menyusuri pantai Sungai Lurus ..

tukang kayuh VECT
Masing-masing tak nak laju .. tak tahu sebab apa .. mungkin menghormati konsep kayuhan santai dan silaturahim maka nak duduk frontline pun cam tak nak je .. geng VECT duduk belah belakang-belakang je .. bagilaa laluan kepada rider lain yang nak pecut ke depan ..
YB berfesyen Retro

Rasanya tak de kesukaran langsung berbanding dengan jamboree .. tak perlu nak tolak basikal .. keadaan jalan yang rata, tepi pantai, kebun sayur, kebun kelapa sawit, kawasan kampung dan sedikit kawasan becak dan berpasir ..  dalam duduk kat belakang tu pun .. akhirnya pecut juga semata-mata nak lepaskan gian masing masing menguji kudrat ..cikgu daud kata jer nak kayuh santai..tp skali aku tgok meter dah dkt 30km/j gak la...hampehh..dan akhirnya sampailah VECT dalam kelompok 30 peserta terbaik ..

Tahniah kepada Recnviro kerana berjaya menganjurkan kayuhan silaturahim .. rasanya tak de cacat celanya pun .. semuanya ok .. dan masing-masing puas berkayuh dalam tak nak pecut pun akhirnya kalah pada naluri hati yang inginkan cabaran yang extream ..

santai-santai jer...
Akhir kata .. sampai jumpa kembali dengan kayuhan lain .. minggu depan di Belumut bersama KMTB .. perghh ada barbeQue .. kayuhan apa pulak ni ..  kayuhan sambutan ramadan kot ....



trek tp laut

layan onroad

bkt tangki




report by :-

../.. gaint19

gambar:beskalmurah...

Monday 18 July 2011

MCC MUAR - PAGOH .. TREK DURIAN

Persiapan awal pagi

900 orang peserta

Starting

Menuju ke batu besar

MTB (mehhh tolak basikal)

Team VECT yg terawal
19 Julai 2011

Keadaan dah kembali normal .. betis pun dah tak terasa sakit.. baru hari ini berkesempatan nak buat report MCC Muar Pagoh Challange yang berlangsung pada 17 Julai 2011 itu hari .. tunggu gak report dari pawaka .. apa pun ini report buat ade ade je ..
Berehat di masjid IKBN

Nombor tak bertuah
Sebelum ini kita telah diprovokasi dengan trek Pagoh yang dikatakan dahsyat .. extream dan mencabar pengayuh tegar untuk turut sama merasai kesukarannya .. ternyata memang betul laa apa yang telah dikatakan .. walaupun tak seextream Berani Ride tapi Muar Pagoh antara trek yang aku rasa hardcore yang membuatkan ramai rider pengsan sekejap kat tepi jalan ..

Pepagi lagi seperti yang dijanjikan .. 5.30am .. kita orang start gerak dari Parit Raja ke Pagoh melalui jalan lama .. Seri Bengkal, Parit Sulong dan Pekan Pagoh terus ke IKBN .. sebelum tu sempat jugak sarapan di Hentian Rehat Pagoh arah selatan .. sampai ke IKBN dalam pukul 7.00 pagi .. keta aku dah tak leh nak masuk .. so terpaksa parking kat jalan luar ..

Macam biasalaa . ramai yang dah datang .. dan lebih kurang 1000 peserta dari luar dan dalam negara turut sama menyertai 2nd Jambori MCC Muar Pagoh ... 7.20 dah line up .. tu pun kat tengah tengah .. yang nak laju macam yaman ngan cha-cha dah tunggu kat front line awal-awal ..

Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan dihoskan oleh bro Ayop dari Cyclemotian .. cukup meriah, cukup teruja dengan penyertaan pelbagai kaum dengan setup basikal masing-masing .. selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku .. berdesuzzz rider start tanpa sempat nak countdown sampai sepuluh ..

Awal-awal tanpa ada banyak masalah .. layan road dan jalan kebun kelapa sawit yang landai dan rata ..  semuanya nampak senang .. hingga sampai satu peringkat ...first stage pendakian .. aduhh ramai yang dah tolak .. mula laa episod tolak menolak .. kejap tolak kejap naik  ..  laluan kebun sawit, getah, kebun sayur, kebun durian .. dan hutan simpan ..

Check point pertama .. senang .. tapi lepas check point pertama tu yang ada siksa sikit .. aku boleh bertahan sampai km25 je .. pas tu .. perlahankan kayuhan supaya tidak krem di tengah jalan .. laluan pendakian best .. hanya sempat menghidu haruman buah durian yang banyak bergolek di laluan .. kalau ride santai ni .. sure habis durian tu kita orang sebat ..  tapi tengok je laa .. sampai satu peringkat layan downhill .. perhhhh .. hampir-hampir gak termasuk gaung .. betul betul basikal aku berhenti kat signis tengkorak .. padahal dah tarik brek sampai lekat .. syukur .. kat depan aku .. ada gak rider yang terbabas sampai masuk kebun durian .. wakakaka .. yang jatuh jangan cerita laaa ..  pada aku tak pe .. turun basikal pun tak pe masa downhill asal jangan terpaksa turun daripada katil hospital ..

Apa pun tahniah pada semua rider VECT yang telah berjaya menamatkan kayuhan .. semuanya lepas .. tanpa sorang pun CR .. rider position masih sama ..  iddin, cha-cha .. gold madelist ... yaman, pawaka (peningkatan terbaik), zamri .. silver .. irfan, ijam .. brown ..  and the rest .. daud, mamed, firdaus, hasni, fad, haji zin, asif, azrai and rozaidi all are finisher ...  tahniah dan terima kasih juga pada semua rider daripada kelab sahabat seperti Family Ride, Santai Cycling Club, Recnviro, KMTB yang sempat menyapa VECT samada di trek mahupun di tempat permulaan.

Enjoy dengan trek yang dihidangkan .. the good job for MCC .. jumpa lagi VECT di lain jamboree .. tak pernah serik .. minggu depan kita santai .. fun ride senggarang ..

report by ..

../.. gaint19

gambar ehsan dari Beskalmurah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...